Satu Malaysia mungkin sudah tahu tentang Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan yang akan diadakan pada Sabtu ini (2 Julai 2011). Betul tak? Kalau ada yang tidak tahu, pada hari tersebut, seluruh rakyat Malaysia (mengikut tempat masing-masing lah, bukan satu Malaysia lari ramai-ramai satu tempat) akan berlari sejauh 2 KM secara SERENTAK dan berkemungkinan larian ini akan direkodkan dalam buku 'MALAYSIA'S BOOK OF RECORD'!!!! :D
Poster Larian |
Larian ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar dan seluruh rakyat Malaysia untuk memupuk minat bersukan. Bagi anda yang 'agak kurang bersukan', amatlah digalakkan untuk menyertai larian ini. Sekali sekala perlulah bersukan juga untuk menyihatkan badan dan mencerdaskan minda :)
Larian ini juga boleh mengeratkan hubungan antara sesama kaum kerana larian ini disertai oleh SELURUH RAKYAT MALAYSIA :D Jadi mungkin anda boleh berkenalan dengan kawan-kawan baru atau mengenali semula jiran anda yang lama anda tak tegur itu. :p hehehe
Apa-apa pun, CERGASKAN DIRI ANDA DAN LARI DARI KERJA SEKETIKA untuk mencuri masa sebentar untuk menyertai larian ini. KALAH MENANG ADAT PERMAINAN. Yang penting kita dapat menjadi lebih SIHAT. :D
No comments:
Post a Comment