Sekolah Kami





Maahad Salahuddin dengan asramanya ini telah dibangunkan dengan menelan belanja sebanya RM 82,175.00, bantuan dari Lembaga Kebajikan Masyarakat Persekutuan Tanah Melayu. Keadaan bangunan pada masa itu mengandungi lapan bilik darjah yang boleh memuatkan seramai 80 orang penuntut. Maahad ini telah didirikan di atas tanah seluas 1 1/2 ekar yang dibeli dari wang pendapatan khairat orang kampung dan ahli dermawan. Jumlah penuntut pada ketika itu adalah seramai 167 orang iaitu 130 orang dalam sekolah rendah dan 37 orang dalm sekolah menengah. Sementara guru-guru pula seramai 6 orang iaitu 4 orang guru kerajaan dan 2 orang guru sementara. Pada 1 Januari 1962 beramaan 11 Syaaban 1381, Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Husyamuddin Alam Syah Al-Haj dan Yang Dipertua Negeri Selangor Darul Ehsan dan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan telah mencemar duli berangakat ke Kampung 
Batu 38 Sabak Bernam untuk merasmikan pembukaan Maahad Salahuddin.


Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke :


| Laman Web Rasmi Sekolah |



CARTA ORGANISASI SEKOLAH 


 PENGETUA

TUAN HJ . DARAIL B OMAR


GPK KURIKULUM
PN . HAMISAH BT ARSHAD


GPK HEM
USTZ . ANUAR B MAT ALI


GPK KOKURIKULUM
 EN . AZHAR B SYARIF








Mereka inilah yang bertanggungjawab diatas pentadbiran sekolah . Tidak lain dan tidak bukan diatas kerjasama para guru semua barulah sekolah kami ini menjadi sekolah yang unggul . Terima kasih cikgu-cikgu sekalian .