Saturday, 9 July 2011

We got new project ;)

Firstly , we want say very very thanks to our beloved teacher Liza :) , you know why ? because she gives us new project , wow ! Amazing right ? Ok ! Our new project is about fiction ehh , no no , not fiction , but more to lesson . Since we are in high school , so we will post about our subject , definitely Chemistry , Physics , Biology , and Bahasa Arab Tinggi . We hope our blog will help you to overcome your problems . Enjoy ya ! We end our post with love , hehehehe . And we wish you will pray for our glory ! Fighting for the best :)

Thursday, 30 June 2011

KARNIVAL PENDIDIKAN SABAK BERNAM 2011

Seperti tahun lepas juga, pada tahun ini Karnival ICT akan diadakan untuk KALI KEDUANYA, cuma pada tahun ini namanya ditukar kepada KARNIVAL PENDIDIKAN SABAK BERNAM. :)
Kenapa ditukar? jangan tanya kami. hehehehehehe

tahun ini karnival ini akan diadakan pada 30 jun sehingga 3 julai 2011, di DEWAN SRI BERNAM, sungai besar. selama empat hari berturut-turut itu, dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam, pelbagai aktiviti yang menarik hati akan dijalankan seperti CYBERFUSION, PC ASSEMBLE, MELUKIS POSTER SECARA 'TRADISIONAL' DAN MENGGUNAKAN PHOTOSHOP, PEMBUATAN KLIP VIDEO, dan yang paling menarik PERTANDINGAN MEMBINA BLOG!!!! :D

karnival yang dianjurkan PPD SABAK BERNAM dengan kerjasama CERDIK PUBLICATION dan PKG daerah Sabak Bernam bukan sahaja diceriakan dengan pertandingan, malah akan diadakan JUALAN BUKU DAN BARANGAN ICT juga. Jadi bagi para ulat buku dan penggemar ICT, marilah datang ke karnival tersebut kerana barangan yang akan dijual AMATLAH MURAH!!!! haha :D

Jadi di sini, kami ingin sarankan kepada anda supaya anda pergi ke hospital terdekat jika anda tidak pergi ke karnival tersebut kerana anda berkemungkinan besar mengalami masalah penglihatan mata yang agak serius. :)
hehe

dan kepada anda-anda yang tidak ada banyak kerja, anda semua dijemput untuk pergi ke KARNIVAL PENDIDIKAN SABAK BERNAM 2011 kerana banyak benda yang anda akan perolehi yang akan anda dapat. :)

Jom Lari Ramai-Ramai

Satu Malaysia mungkin sudah tahu tentang Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan yang akan diadakan pada Sabtu ini (2 Julai 2011). Betul tak? Kalau ada yang tidak tahu, pada hari tersebut, seluruh rakyat Malaysia (mengikut tempat masing-masing lah, bukan satu Malaysia lari ramai-ramai satu tempat) akan berlari sejauh 2 KM secara SERENTAK dan berkemungkinan larian ini akan direkodkan dalam buku 'MALAYSIA'S BOOK OF RECORD'!!!! :D 

Poster Larian

Larian ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar dan seluruh rakyat Malaysia untuk memupuk minat bersukan. Bagi anda yang 'agak kurang bersukan', amatlah digalakkan untuk menyertai larian ini. Sekali sekala perlulah bersukan juga untuk menyihatkan badan dan mencerdaskan minda :)
Larian ini juga boleh mengeratkan hubungan antara sesama kaum kerana larian ini disertai oleh SELURUH RAKYAT MALAYSIA :D Jadi mungkin anda boleh berkenalan dengan kawan-kawan baru atau mengenali semula jiran anda yang lama anda tak tegur itu. :p hehehe
Apa-apa pun, CERGASKAN DIRI ANDA DAN LARI DARI KERJA SEKETIKA untuk mencuri masa sebentar untuk menyertai larian ini. KALAH MENANG ADAT PERMAINAN. Yang penting kita dapat menjadi lebih SIHAT. :D

Wednesday, 29 June 2011

The World Without Unity

Hmm.. The World without unity...
What we can say about it? It's a serious problem. It happen when a group of people from different nation or perhaps different faith didn't get along or we can say they are hate each other.Well, it's a normal thing for some people and it's also a nightmare for some people. For me, The World Without Unity is like an Animal Life. Everybody know the way of animals life and everybody know what is the different between human and animals.So, I didn't need to explain it, right?
   So, let us think what will happen if this 'nightmare' happened? We can see as example in this country, the black dot history of Malaysia on 13 Mei 1969. In this history there were many people killed. So tragical. See, as I said, it's a nightmare. Can all of you think for a while, what will be happen if the history haunt our country again?
Who know the people killed is one of your family or your loved one or maybe yourself. Well, we don't want this happen again. So, what should and what could we do?
  There are many thing we can do to avoid this problem. Firstly, we need to make a campaign or the easiest one making blog to make people realize. Secondly, we need to show good deed to people around us. Smile and smile that the easiest thing to do. "DON'T EVER SHOW A SOUR FACE TO PEOPLE AROUND US" and also "DON'T THINK SOUR FACE IS COOL". Thirdly, respect every culture and faith.  How if they did not want to read and follow it? Well, we can't just kick and punch him.(Indeed, its what I will do) It's up to him to follow it or not The important is, we have do our part as one of ? of.... well, I don't know of what.. so, tell me by posting comment =D ( a trick!)  and the most important is we need to be 1Malaysia supporter and do the right way :) Horray for 1Malaysia , keep the best for Malaysia , hehehe



                   PERISTIWA 13 MEI 1969

Sunday, 26 June 2011

Asrama 1 Malaysia?

      Assalamualaikum dan Salam sejahtera kawan-kawan !

     Wah,nampak menarik kan? ASRAMA 1 MALAYSIA. Kawan-kawan pernah dengar tak asrama ini? Agak-agak la kan,macam mane la asrama tu kan :). Ketika petang tadi,sedang kita bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa,tiba-tiba sahaja terlihat tulisan 'Asrama 1 Malaysia' di sekolah yang berhampiran. Wah,nampak menarik ini.Bagi pendapat kita,Asrama 1 Malaysia di sekolah,semestinya dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar. Bukan setakat itu sahaja,kita juga pasti dapat saling mengenali dengan lebih erat antara satu lain. Betul tak kawan-kawan? Seandainya sekolah kawan-kawan ada asrama ini,apa kata kawan-kawan masuk. Haha,seronok betul duduk di asrama. Apatah lagi Asrama 1 Malaysia ini. Apa pendapat kawan-kawan pula? ; )

Friday, 24 June 2011

Bagaimanakah sekolah dapat memupuk 1Malaysia ?

Mula-mula , kami terfikir juga , boleh kah sekolah memupuk 1Malaysia ini ?
Hmm , mari kita berfikir sejenak , tingting , sudah dapat :) , sebenarnya macam ini , cuba ikut 'step' ini 

Sekolah ---> Ramai pelajar berkumpul disini untuk menuntut ilmu ---> Pelajar terdiri dari pelbagai bangsa --->
Setiap orang memerlukan bantuan ---> Pelajar-pelajar  membantu pelajar yang lain ---> Tadaaa ! Terbentuklah 1Malaysia . :)

Ada faham kawan-kawan ? 

Baiklah kami akan menjelaskan tentang 'step' yang pelik ini . Sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu . Di sekolah terdapat ramai pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa , Melayu , Cina , dan India . Pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah . Seperti Karnival Sukan Sekolah , Unit Beruniform , Kelab Persatuan dan seterusnya . Apabila aktiviti ini berlangsung , secara tidak langsung , ia mengeratkan hubungan anatara para pelajar . Dari sini , dapatlah kita lihat , sebenarnya sekolah merupakan saalah satu cara untuk menjayakan program 1Malaysia ini . Di samping itu , lahirlah sekolah yang mempunyai perpaduan yang amat kukuh .  




Hari Interaksi Sekolah



        Pada hari jumaat yang lalu,sekaloh kami telah mengadakan hari interaksi antara guru dan pelajar. Hari interaksi antara guru dan pelajar atau dikenali sebagai hari menandatangani kad kemajuan pelajar adalah hari yang paling digeruni oleh semua pelajar.Pada hari tersebut,ibubapa dapat melihat hasil titik peluh perjuangan anak-anak mereka pada peperiksaan yang lalu.Semestinya ada yang mengembirakan mahupun menyedihkan.Walau apa sekalipun keputusan peperiksaan kawan-kawan,semoga kawan-kawan akan bekerja keras lagi untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk peperiksaan yang akan datang. Oleh itu,selamat berjuang !


Thursday, 23 June 2011

Kisah tentang 1 Malaysia - Upin & Ipin



Cerita ni 'best' kan? Bukan sekadar untuk adik-adik kita sahaja.Kita pun tengok sebab ia menghiburkan dan memberi manfaat kepada kita. Ayah-ayah & mak-mak kita pun tengok.....hehehheeh!Jom kita layan!!!

Sepakat Membawa Berkat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Seperti yang kita ketahui , 1Malaysia merupakan salah satu program yang dilancarkan oleh Kerajan bagi memupuk sifat perpaduan antara kaum . Perpaduan antara kaum merupakan aspek yang penting bagi merealisasikan impian kerajaan iaitu Malaysia sebagai negara yang maju . Dengan adanya program 1Malaysia ini , para pelajar mengeratkan lagi perpaduan tidak kira bangsa dan agama. Kalau anda tidak percaya , cuba lihat gambar diatas ini . Persahabatan mereka amat kukuh , walaupun berlainan bangsa . Betul tak ? Anda rasa sekolah anda , ada tak semangat 1Malaysia ? Macam sekolah kita :) . 

Wednesday, 22 June 2011

Belajar pelbagai bahasa!

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia kawan-kawan. Hari ini tetiba rasa nak belajar bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kata orang, lebih banyak bahasa kita belajar, lagi banyak pengetahuan dan kefahaman tentang sesuatu budaya kita fahami. Mari kita cuba dengan sesuatu yang mudah seperti :

Apa Khabar?  =>  How are you?  => Kaifahaluk?  => Ni hoa ma? =>  Nīṅkaḷ eppaṭi irukkiṟīrkaḷ?

Baik               =>  Fine                  =>  bikhair         =>  Hoa          =>  Naṉṟāka

ok tak? Macam seronok pulak? Mari kawan-kawan, kita belajar banyak bahasa terutamanya bahasa-bahasa yang ada di Malaysia. Nanti boleh kita gunakan dalam perbualan kita. Kita kan 1 Malaysia....Apa kata kita cuba sikit-sikit. Lama-lama jadi bukit!betul tak? Jadi, mari mencuba!

Selamat tinggal  => Good bye   =>  wada 'an   => bye     => Nalla pāy

Salam Perkenalan

Assalamualaikum :)

Seperti yang anda semua boleh lihat, inilah post yang pertama kalinya oleh kami semua. Jadi, kami ingin berkongsi sedikit dengan anda semua tentang blog ini seperti apa yang anda boleh lihat dan baca di sini, perkara yang menarik tentang blog ini dan perkara yang paling penting ialah apa yang anda semua akan belajar dari blog yang serba warna-warni ini. Hehehehe.....

Pertamanya, anda mungkin pelik kenapa blog ini dinamakan One Samt38 kan? Mungkin anda tidak tahu bahawa blog ini diasaskan atas dasar 1 MALAYSIA yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib Tun Razak. Jadi dengan kekreatifan kami, maka terciptalah nama blog ini. :)

Apa yang anda perolehi dengan melawat blog ini? Seperti yang anda semua boleh lihat, kami telah menyediakan pelbagai informasi yang menarik dan berguna. anda juga boleh mengenali sekolah kami, SAMTSSAAS dengan lebih dekat. anda juga boleh mengenali dan menyelami tentang 1 MALAYSIA yang diperkenalkan melalui blog ini.

Wah, tak sangka pula yang 'post' ini agak panjang! ahaha...
Apa-apa pun, janganlah anda tidak melawat kembali selepas membaca post ini ya. teruskan melawat blog ONE SAMT38 selalu dan tinggalkan komen-komen anda di kotak 'comment' di bawah. :)
'Follow' kami jika anda tidak keberatan dan kekalkan keharmonian sejagat di Malaysia dengan perpaduan yang utuh. Sekian. :)